★ Awesome Superwoman
kenapa tajuk entry mesti satu patah ?
0 superman's

* click to enlarge

untuk aku, nak memikir kan tajuk entry adalah antara benda paling rumit, selain membuat ayat mukadimah entry. HAHAHA memang fail sungguh aku.  tapi ayat penutup entry adalah benda paling senang. ianya boleh di-ending bila-bila masa dengan hanya mengatakan BYE! kadang-kadang aku boleh tanya kawan aku , nak letak tajuk apa kat entry-entry aku T___T makanya, untuk mengelakkan kecelaruan fikiran, aku letak sepatah je la tajuk entry yang aku rasa boleh merangkumi keseluruhan entry aku :p (tapi, mungkin tidak untuk entry ni HAHAHA.aku masih tak letakkan tajuk entry masa aku menulis ni) .
anyway, tertarik dengan entry Kak ZW di mana beliau dan adik beradik beliau serentak memeluk agama islam baru-baru ini. macam majlis kahwin dah aku tengok. complete make up, siap ada OP lagi, ada wakil media lagi, plus ramai gila orang datang. hihi. majlis yang meriah. mati-mati aku ingat sebelum ni Kak ZW adalah seorang Islam. tak tahu pulak beliau adalah “free thinker” . alhamdulillah,akak :) semoga semuanya dipermudahkan Allah untuk akak sekeluarga.
dah 3.30 pagi. mata dah sakit tahan-tahan mengantuk ni T___T anyway, siapa rajin, boleh tolong kira tak berapa orang blogger buat entry pasal Mia Sara/Amani dalam Adamaya tu? hadiah takde lah ye. saja suruh korang kira :) comel kan Amani tu? nak je cubit-cubit pipi dia masa dia tengah cakap tu. comel sangat!


|