★ Awesome Superwoman
perlu ke share password bersama pasangan ?
0 superman's

salam. Wah wah wah heyy Korang mesti setuju kan apa yang aku tulis ni ? Hehe :) Dan setakat ini, ramai yang setuju mungkin pasal dorang pernah terkena haha meybe la .


click to enlarge:)


actually aku sendiri pun sokong dengan apa yang
aku write ini. Kalau engkau dah couple dengan seseorang, doesnt mean yang korang kena share segala-galanya. Ada beberapa perkara dan hal yang kadang-kadang korang kena rahsiakan dari pasangan korang. Contoh yang terdekat, yang macam pengalaman kawan aku ni lah Kalau dah couple, habis semua email and password nak bagi kat pasangan kita. Memang lah sharing is caring tapi kalau dah sampai diri sendiri terseksa, apa kess ?!

Bermula dengan

Macam ini, engkau tengah chat-chat dan komen-komen dengan kawan kau, kawan yang berlainan jantina lah of course kannn? Lepas tu tetiba plakk pasangan korang pergi on9 korang punya FB masa tu jugak. Lepas tu, pasangan kita pulak baca semua komen-komen kita dan chat kita. yelahh, Kita mesti akan cakap benda yang mungkin pasangan kita tak taw. Takpun, masa tu, kita tengah komen-komen dengan kawan kita yang berlainan jantina ker. Lepas tu kena pulak pasangan kita ni kuat cemburu macam nak buta kan. Haaaaaa, Tak ke haru jadinya? T________T


haa nanti bergaduh macam nie pulak dah susah kan ?

Haaaa, Tak pasal-pasal korang bergaduh dengan pasangan korang. Haihh, Letih letih nak gaduh pasal hal ini. Yelahh, Benda kecik kot ! Tak kan nak gaduh? Oh plissss, Tolonglah jadi matang sikit yeee. Bila dah ada FB, mestilah kawan-kawan kita ada lelaki, ada perempuan kan? So bila dah jadi macam ni, susahlah nak contact dengan kawan-kawan kita. Semuanya kena control -.- Haihh, Sumpah terkongkonglah hidup macam ini. Bila dah jadi macam ini, kawan-kawan kita pun takut nak komen or chat dengan kita. Yelahh, Mana lah tahu, kita tengok kawan kita online so kita chat die. Sekali yang balas, bukan die tapi orang lain. Haaaaaa, Menggelabah ayam lah kau masa tu ! HAHA :D Bagi aku, semua password dan email semuanya adalah hak peribadi orang tersebut. Kalau pasangan kita tak nak bagi, suka hati dielah kan? Tu hak die. Lagipun korang baru je couple punn! Bukannya dah kahwin. Kalau dah kahwin, lainlah ceritanya kan? Haha :D


Macam aku, semua FB, blogger, YM, twitter, Myspace, semuanya dicontrol oleh aku sorang sahaja. Haha ;D Sebab tu korang boleh tengok betapa jahat, kejam dan bebasnya aku dalam alam maya nie. Sebab apa? Sebab aku yang control semuanya ! Haha ;D So korang jangan jadikan COUPLE tu sebagai tiket untuk korang share segala-galanya. Ada kalanya, ada benda yang tak patut dikongsikan dengan pasangan kita. Erm korang faham-fahamlah maksud aku erk? Bukan terhad pada password FB je, malah ada lagi benda lain kan. Tuttttt, Haha :D

anyway ini pun, sebagai peringatan kepada diri aku jugak. Bukan aku cakap saje-saje. Takpelah. Kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ok :)



|