★ Awesome Superwoman
Last online.
0 superman's
source : strawberryposh

Assalamualaikum earthlings !

Hari ini dah hari Jumaat. Esok hari Sabtu , mean that aku kena balik asrama. *Ohh tidak. Hari ini mungkin last aku online. Nak kemas barang apa semua , ye la kalau tak kemas awal-awal nanti ada yang tertinggal pula. Tak pasal-pasal kakak aku kena hantar kat Pasir Puteh. Pasir Puteh tu bukan dekat , jauh. Tapi tak ada jauh sangat , memakan masa sejam sahaja. Tapi jauh tetap jauh ! 

Bukak sekolah nanti confirm banyak benda yang aku kena hadapi. Markah exam , latihan rumah sukan untuk KOT untuk hujung bulan ini dan banyak banyak lagi ! Yang paling bosan , jadual setiap hari sama. Boleh hafal   ! Bangun pagi , mandi , siap diri , solat di musalla , breakfast di dewan makan , letak beg kat kelas , turun roll call , p&p , lunch , solat berjemaah , naik dorm sekejap (kalau aku on duty checking blog) , prep petang , makan petang , solat asar , naik dorm (berehat sebentar) , mandi , dinner , solat maghrib & isyak, prep malam , makan malam , tidur. Macam tu la hari-hari aku kena buat. Tapi kalau weekend agak berbeza. Dah jadi kebiasaan, mak dan ayah aku datang melawat anak manja bongsu mereka. *Hehehe. Apa punya human la suka menyusahkan mak ayah. 

Aku rindu classmates aku yang agak sewel sedikit tahap babeng ! Tanpa dia orang, mungkin aku homesick everyday ! *Hahaha. Okay lah, aku rasa dah tak ada apa-apa yang aku nak bagitahu. Papepun, life must go on. Insyaallah, aku nak jadi doktor. So, usaha kunci kejayaan.



|