★ Awesome Superwoman
Letakkan malu pada perkara mungkar.
0 superman's

alt
Assalamualaikum !
Betapa pentingnya perasaan malu ini sehingga ia termasuk dalam pembahagian iman. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman". Tidak sempurna iman seseorang tanpa ada rasa malu dalam diri

Ketahuilah, malu adalah sifat utama bagi orang-orang Mukmin yang mana menjadi perisai dan benteng dalam hidup mereka. Perisai itu sangat penting iaitu dapat menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menghalang daripada mengikut hawa nafsu sehingga merosakkan akidah.
Sedar tak sedar, umat Islam hari ini ramai yang sudah hilang sifat malu dalam diri. Apabila melihat peningkatan kadar jenayah, perlakuan maksiat dan sebagainya yang dilakukan terang-terangan, ia cukup menunjukkan sifat malu itu telah pun terhakis daripada norma kehidupan apatah lagi hukum syariat. Asalnya, fitrah manusia ini ada sifat malu namun kerana lemahnya iman dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, akhirnya mereka tewas dan mendedahkan aib malu dengan sendiri.
Dari segi pemakaian usah dibicarakan, begitu juga pergaulan. Ia sudah cukup membuatkan ramai yang geleng kepala. Pengaruh luar terutamanya dari barat cukup kuat mempengaruhi minda dan jiwa manusia sehingga mampu mencampakkan rasa malu sejauh-jauhnya. Saat itu, apabila perasaan tidak malu mendominasi dalam diri, maka berleluasalah aktiviti dosa dan maksiat sehingga merasakan ia tidak lagi menjadi satu kesalahan. Masyarakat sekeliling juga hanya memandangnya sebelah mata. Apa lagi yang mampu dilakukan sekiranya kesedaran sendiri tidak ada.

|