★ Awesome Superwoman
Mohon hidayah :)
0 superman's
Photobucket 
Fuck Yeah Rilakkuma

Kerap kali kita mendengar ayat “aku belum dapat hidayah lagi” atau “belum sampai masa lagi”. Tetapi persoalannya kini perlukah kita menunggu hidayah itu datang baru hendak kembali ke pangkal jalan? Baru hendak menangis, menyesal dan berubah?
Apa itu sebenarnya Hidayah?
“Hidayah ialah petunjuk yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia untuk kebahagian yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, tetapi kita juga hendaklah BERUSAHA MENDAPATKANNYA”
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati  atau hidayah untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari dan berusaha mendapatkannya.
Jazakallah Khairan : Kisah Wanita.

  Photobucket

|