★ Awesome Superwoman
Motivasi diri sendiri .
0 superman's
Photobucket 
Setiap hari, jadikanlah niat mahu memperbaiki diri satu niat yang Anda ucapkan di awal pagi. 
Selepas bangun, usah fikir pasal kerja, pasal masalah, pasal duit yang tak cukup, pasal hutang yang menimbun, pasal apa pun jua persoalan.
Elak memikir masalah, elak mengomel pasal masalah.
Elak memikir pasal apa saja yang membuat Anda tertekan.
Fikirkanlah mahu memperbaiki diri hari ini, baik sebaik yang mungkin.
Lafazkan perkataan ini di dalam hati dengan penuh berani..
“aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
Lafazkanlah ia dengan keyakinan, keberanian.
Jangan ada ragu, jangan ada sangsi.
Pasti Anda merasa bermotivasi, merasa bersemangat. Sebab, jika ada ragu atau sangsi, ia akan memadamkan kesan ayat yang Anda lafazkan tadi. Akhirnya, Anda tidak akan merasa bersemangat.
Andai kata Anda mahu bersemangat, lafazkan..
“aku mahu bersemangat”
Lafazkan dengan berani.

  Photobucket

|