★ Awesome Superwoman
Perpisahan Itu Menyakitkan ;)
0 superman's


Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini.  Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.  Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.

Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.  Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.  Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang.  Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.  Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.  Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati Allah.  Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.  Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.  Untuk kita saling menebarkan peringatan.

Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.

 Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.

Source : :D



Photobucket

|