★ Awesome Superwoman
FITNAH : Perosak kehidupan :l
0 superman's

Kimberly Wong

UMPATAN MENYEBARKAN KEAIBAN,FITNAH PEROSAK KEBENARAN.

Janganlah sering menghampiri diri pada sekumpulan manusia yang sedang enak membicarakan tentang gossip semasa, janganlah sengaja menadah telinga mendengar umpatan yang lazat menjamu mulut mereka, kerana bahan gurauan dan cerita yang sedang mereka persembahkan belum tentu asalnya betul dan boleh di terima. Lalu umpatan yang makin berselera itu menjadi fitnah yang boleh mengubah pandangan kita terhadap mangsa.
Lalu tatkala kita bertemunya di jalanan tentu hati mula berbicara. Mengingat kembali cerita-cerita yang telah menjadi simpanan kekal di otak kita.
Senyumannya kita sambut dengan terpaksa rela.  Di hati terbuku syakwasangka.
Keikhlasan berukhwah semakin hambar dan si mangsa terdera dan tertanya-tanya apakah punca asal peristiwa. Sedang hakikat sebenar hanya Allah yang tahu kejadiannya.


Siapa kita untuk menghukum manusia yang sama sahaja kejadiannya seperti kita? Apatah lagi memburukkannya dan menyebarkan fitnah berleluasa? Tidak takut di bicarakan di mahkamah agung suatu hari nanti untuk membetulkan kembali fitnah yang kita mulai?

Fitnahlah sesuka hatimu, dan tunggu keadilan Allah tatkala insan yang tidak berdosa itu mula menadah tangan memohon pertolonganNya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya dosa fitnah ini terlalu besar.  Carilah kembali insan yang telah disakiti dan mintalah kemaafan darinya untuk menyucikan diri kembali.  Mungkin di dunia kita dapat menenangkan hati dan menganggap segalanya sesuatu yang mudah dan ringan.  Dan jangan pernah lupa bahawa kematian itu pasti dan setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap amalan yang telah dikerjakan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).


kredit: http://akuislam.com/blog/mauidzah/fitnah-perosak-kebenaran/#ixzz1kCTACBQO 



Photobucket

|