★ Awesome Superwoman
Fakta atau falasi ?
0 superman's


Tumblr_lyqzgtadww1qbg5hlo1_500_large

Kat laman blog, twitter, facebook dan banyak lagi media elektronik internet kecoh pasal gambar Nur Amalina Che Bakri, pelajar genius yang memperolehi keputusan SPM 2004 dengan 17A1. Pelajar ini telah menjadi idola anak-anak muda sekarang dalam mengejar kejayaan dalam akademik sehinggakan beliau telah di anugerahkan Maulidurrasul suatu ketika dahulu.

Dek kerana banyak sangat cerita pasal dia jadi aku pun terpanggil untuk mencari apa yang menjadi isu terhangat itu. Rupa-rupanya kerana gambar-gambar beliau yang agak keterlaluan ketika berada di UK. Khabarnya semua gambar yang diperolehi diambil dari laman sosial facebook beliau tetapi kini laman facebook beliau telah dipadamkan untuk tatapan semua.
Dibawah ini beberapa gambar yang sempat diperoleh yang dikatakan milik pelajar genius tersebut.

Apa komen anda?






Petikan akhbar :

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.

Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.

“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Photobucket

|